Yayasan Karyawan menjemput semua untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu (PAKAM) 2025 yang mengangkat tema “Karya Agung Melayu: Penyatuan antara Tradisi dan Teknologi” seperti ketetapan berikut;

Tarikh: 24 – 25 Oktober 2025

Tempat: Hotel Le Méridien, Putrajaya


Bersama kita menghayati warisan intelektual dan kebudayaan Melayu dalam era digital – melalui penyatuan nilai tradisi dan teknologi kontemporari.

Bagi yang berminat, pendaftaran adalah percuma. Kekosongan terhad kepada 200 tempat terawal sahaja. 

Jangan lepaskan peluang! Daftar segera dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik di pautan ini:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeBvKY5O58hq2uhnxOvCNhFe_IzyZiMQWDCgVwUkLUPGWY0mg/viewform

Hebahkan kepada rakan, pelajar, dan komuniti anda!


Program adalah anjuran Yayasan Karyawan dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).