Yayasan Karyawan akan menganjurkan Simposium Dunia Melayu–Kemboja: Sejarah, Budaya dan Pemikiran pada 28–29 November 2026 bertempat di Royal Academy of Cambodia, Phnom Penh, Kemboja.

Simposium ini membincangkan pelbagai subtema merangkumi sejarah, peradaban, manuskrip, bahasa, serta kerjasama akademik ASEAN. Selain pembentangan, program ini turut diisi dengan pelancaran buku dan lawatan budaya ke Kampong Cham.

Tarikh Acara: 28–29 November 2026
Lokasi: Royal Academy of Cambodia, Phnom Penh
Yuran Penyertaan: RM 520 / USD 130 (Termasuk kit penyertaan, makanan/minuman, lawatan budaya, dan e-sijil)
Bahasa: Melayu, Inggeris & Khmer

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR pada poster atau hubungi Urus Setia di [email protected] atau +60 11-2132 5334 (Yayasan Karyawan)

“Warisan Ilmu, Amanah Peradaban.”